Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Twitter Katy Digodam, Hantar...

AKAUN laman sosial Twitter Katy Perry yang memiliki sebanyak 89 juta pengikut dilaporkan...

China Hargai Usaha Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan China menghargai usaha tanpa jemu kerajaan Malaysia untuk mengesan...

SPR Sahkan Azhar Harun...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk...

Air Pasang: Pusat Pemindahan...

SHAH ALAM - Sebuah lagi pusat pemindahan mangsa banjir dibuka berikutan fenomena air...

Kerani Sekolah Dikhuatiri Lemas Di Sungai Perak

KUALA KANGSAR: Seorang kerani sekolah dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Lubuk Batu Mat Gan di Sungai Perak dekat Kampung Tahan Kati di sini semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Muhammad Faiz Azam, 33, bersama dua rakannya bertolak dari Jeti Kampung Jarau di sini pada pukul 8.30 malam untuk memancing udang.

Katanya, apabila tiba di kawasan Lubuk Batu Mat Gan, bot yang dinaiki mereka telah terlanggar batu di tengah sungai sehingga mengakibatkan enjin bot tersangkut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian hadapan bot terjatuh ke dalam sungai.

“Rakan mangsa cuba menghidupkan semula enjin bot dan membantu menyelamatkannya namun mangsa dibawa arus sungai dan tenggelam,” katanya di sini hari ini.


Menurut beliau, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) segera diaktifkan berhampiran lokasi kejadian bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Katanya, operasi melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan orang awam.

“Usaha mencari dan menyelamat fasa pertama dijalankan bermula dari lokasi terakhir mangsa terjatuh merangkumi radius pencarian sejauh tiga kilometer dengan memberi fokus ke bahagian tebing sungai.

“Operasi menyelam di lokasi terakhir mangsa tenggelam turut dijalankan oleh dua anggota daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori