Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Singapura Kutuk Serangan Keganasan...

SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkembar di gereja St George di Tanta...

Tragik, Wanita Maut Akibat...

Tran Thi Yen Nhung bercita-cita untuk menjadi seorang artis namun impian berkenaan tidak...

PAS Belum Putuskan Jalin...

SHAH ALAM - PAS belum memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu...

Anwar Ibrahim Akan Hadir...

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir pada persidangan Dewan Rakyat...

Konflik Palestin-Israel: Mayat Kanak-Kanak Disimpan Dalam Lori Aiskrim

BANDAR GAZA – Seorang kakitangan sebuah hospital di selatan Gaza mendedahkan bahawa pihaknya terpaksa menggunakan lori aiskrim untuk menyimpan jenazah penduduk Palestin selepas bilik mayat sudah tidak mampu lagi menampung peningkatan bilangannya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Sebuah video yang memaparkan pendedahan kakitangan Hospital Syahid Al-Aqsa di bandar Deir Al-Balah itu dimuat naik di laman sosial.

Ia memaparkan seorang kakitangan yang identitinya tidak didedahkan memaklumkan bahawa bilik mayat terlalu kecil untuk menampung bilangan mayat yang begitu banyak.

Mereka merupakan penduduk Palestin yang terkorban dalam serangan udara tentera Israel.

“Bilik mayat hospital ini sudah ‘lumpuh’. Peralatan lama tidak mencukupi dan berada dalam keadaan teruk.


“Disebabkan itu, hospital terpaksa menggunakan peti sejuk beku tambahan untuk menyimpan mayat,” katanya dalam bahasa Arab.

Tambah pekerja tersebut, hospital itu memerlukan bantuan dan sokongan kerana perkhidmatan kesihatan, simpanan mayat dan bilik mayat berada dalam keadaan teruk.

Pekerja tersebut turut dilihat membuka pintu belakang trak aiskrim yang menunjukkan beberapa jasad dibalut dengan beg berwarna putih.

“Trak-trak ini dibuat untuk mengangkut makanan, dan bukannya mayat,” kata lelaki tersebut sambil menambah, ada antara jasad yang berada di dalam trak selama dua hari.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori