Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

Percayakah Anda Lukisan Macam...

TAHUKAH anda, lukisan yang sangat `simple’ dengan dua warna ini berjaya dijual pada...

Mahasiswa Bantah Gabung UMT...

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,000 mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan solidariti membantah...

Kemasukan Murid Ke Sekolah...

SEREMBAN: Transformasi pendidikan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) terus terserlah apabila mendapati bilangan kemasukan...

Hong Kong Airlines Mulakan...

KUCHING - Penerbangan sulung Hong Kong Airlines ke Kuching diberi sambutan semburan air...

KPM Ambil 9,500 Guru Baharu Bulan Depan

PASIR PUTEH : Kementerian Pendidikan (KPM) membuat pengambilan seramai 9,500 guru baharu pada bulan depan bagi mengatasi isu kekurangan guru ketika ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penempatan akan dibuat dengan kadar segera selepas proses temu duga sudah pun selesai sebelum ini.

Katanya, isu kekurangan guru adalah bersifat sementara dan pihak kementerian mengambil langkah segera bagi menangani perkara berkenaan.

“Isu kekurangan guru ini akan berlaku apabila ada persaraan atau ada guru-guru yang berhenti kerja. Proses untuk mendapatkan guru ini kita laksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“KPM juga akan memastikan proses pengambilan guru berjalan secara berterusan bagi memastikan isu kekurangan guru kekal bersifat sementara,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Agrotek Madani di Kolej Vokasional Pasir Puteh, di sini hari ini.


Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, jumlah tepat tandas-tandas sekolah yang sedang dibaik pulih dan dinaik taraf hanya diketahui pada bulan ini berikutan semua proses berkaitan sedang berjalan.

“Semua sedang berjalan dan ada yang sudah siap. Bagaimanapun mengikut perangkaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, perkembangan kerja sudah mencecah 90 peratus.

“Jadi kita harap menjelang hujung bulan ini semua kerja-kerja baik pulih dan naik taraf kemudahan tandas sekolah dapat disiapkan sepenuhnya,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori