Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peminat Merusuh Masuk Padang,...

CRISTIANO Ronaldo kembali ke Old Trafford tapi kali ini memperkuat Juventus pada aksi...

Melaka Beri Pengecualian Denda...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini...

Ada ‘Bran’ Taip “ががばば”...

PERINGATAN: Ibu mengandung, kanak-kanak dan pesakit penyakit jantung tidak digalakkan untuk mencuba permainan...

DAP Seru Pertubuhan Cina...

KUALA LUMPUR - DAP menyeru pertubuhan-pertubuhan Cina memberi tekanan kepada pemimpin kerajaan berketurunan...

Kurikulum Baharu 2027: KPM Mulakan Jelajah Pendidikan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memulakan Jerayawara Jelajah Pendidikan ke seluruh negara bermula tahun hadapan bagi mendapatkan input berhubung rancangan pembangunan kurikulum baharu 2027.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, antara elemen baharu yang akan diteliti termasuk pendidikan karakter fleksibiliti dan aspek pendigitilan.

Beliau berkata, jelajah ini juga adalah sebahagian usaha untuk merangka pelan pendidikan baharu negara yang akan tamat pada 2025.

“Jerayawara itu akan melibatkan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pemegang taruh dalam pendidikan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara pada masa depan.

“Usaha ini juga penting bagi merangka agenda pendidikan masa depan negara,” katanya ketika ditemui selepas majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan pelan pendidikan baharu yang mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.

Katanya, pelan pembangunan pendidikan baharu itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan, dalam dan luar negara.


Sementara itu, Fadhlina dalam ucapannya berkata, IPG akan terus dikekalkan sebagai platform untuk melahirkan produk perguruan terbaik dalam negara.

Menurutnya, kerajaan dan KPM akan terus mempertahankan institusi IPG yang merupakan aset penting pendidikan negara.

Selain itu, katanya, bakal guru dinasihatkan supaya memegang teguh kod etika keguruan sebagai rujukan bagi menjaga imej, maruah, status, akhlak dan keperibadian seorang guru.

“Oleh itu, hayati dan praktikkanlah semua prinsip etika profesion keguruan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru demi menjaga kemuliaan dan memartabatkan profesion keguruan,” katanya.

Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM ke-13 berlangsung selama empat hari bermula hari ini melibatkan 5,725 graduan yang menamatkan pengajian serta latihan perguruan di 27 kampus IPG dan English Language Teaching Centre.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori