NEW DELHI : Pengawal selia ubat India mendapati sirap ubat batuk dan sirap ubat anti-alahan yang dikeluarkan oleh Norris Medicines (Norris) adalah toksik.
[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]
Setakat ini, sirap ubat batuk buatan India itu dikaitkan dengan 141 kematian kanak-kanak di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kawalan Standard Dadah Pusat (CDSCO), ubat itu tercemar sama ada dengan dietilena glikol (DEG) atau etilena glikol (EG).
Bahan sama ditemui dalam sirap batuk yang menyebabkan kematian di Gambia, Uzbekistan dan Cameroon sejak pertengahan tahun lalu.
Ini adalah kali pertama dalam sekurang-kurangnya dua tahun CDSCO mengeluarkan amaran terhadap pencemaran DEG dan EG dalam laporan bulanannya ketika negara itu cuba membanteras industri dadah bernilai AS$42 bilion (RM198 bilion) yang dikuasai oleh pemain kecil.
Pesuruhjaya Pentadbiran Kawalan Makanan dan Dadah Gujarat, HG Koshia, berkata ia sudah memeriksa kilang Norris bulan lalu dan mengarahkannya untuk menangguhkan pengeluaran dan menarik balik ubat berkenaan.
“Syarikat itu gagal pada parameter pematuhan amalan pembuatan yang baik.
“Sistem air yang mencukupi tidak ada. Unit pengendalian udara juga tidak mencapai sasaran. Demi kepentingan kesihatan awam yang lebih besar, kami mengarahkan unit itu menghentikan pengeluaran,” katanya.
Pengarah Urusan Norris, Vimal Shah, bagaimanapun enggan mengulas.
Trimax Expectorant dihasilkan syarikat itu mengandungi 0.118 peratus EG, manakala ubat alahan Sylpro Plus Syrup mempunyai 0.171 peratus EG dan 0.243 peratus DEG, mengikut ujian di makmal CDSCO.
Koshia berkata Norris pernah mengeksport ubat batuk, tetapi tidak menyatakan ke mana.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata had selamat, berdasarkan piawaian yang diterima di peringkat antarabangsa, adalah tidak lebih daripada 0.1 peratus.
“Kami mengetahui laporan CDSCO dan sudah berkomunikasi dengan agensi itu untuk memastikan ke mana produk itu dieksport.
“Maklumat ini adalah penting apabila kami mempertimbangkan sama ada – atau tidak – untuk mengeluarkan amaran produk perubatan,” katanya.
Semakan mendapati kedua-dua ubat itu disenaraikan di farmasi dalam talian.
CDSCO juga menemui tiga sampel sirap of COLD OUT buatan Fourrts (India) Laboratories dicemari DEG dan EG, manakala WHO melaporkan pada Ogos bahawa sampel COLD OUT dijual di Iraq dikesan mengandungi tahap berlebihan of DEG dan EG.
-Utusan Online