LONDON: Semua penerbangan di Lapangan Terbang London, Luton di Britain digantung susulan kejadian kebakaran yang menyebabkan salah satu bangunan parkir bertingkat runtuh.
Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..
Kejadian yang berpunca daripada kereta terbakar itu mengakibatkan semua penerbangan digantung hingga jam 2 petang (waktu tempatan).
Namun, belum ada sebarang kemalangan jiwa direkodkan menerusi kejadian yang julung kali dilaporkan kepada perkhidmatan kecemasan, lewat petang semalam.
Gambar lokasi kejadian menunjukkan api besar menyambar struktur berhampiran terminal lapangan terbang.
Pihak lapangan terbang menerusi aplikasi X berkata, keutamaannya ketika ini adalah membantu perkhidmatan kecemasan serta keselamatan penumpang dan kakitangannya.
Justeru, katanya, semua penerbangan digantung hingga jam 3 petang.
Terdahulu, arahan penggantungan itu ditetapkan hingga jam 11 pagi.
Sementara itu, Jabatan bomba tempatan berkata, kira-kira 1,200 kenderaan mungkin berada di tempat letak kereta ketika kejadian, selain anggota dijangka kekal di lokasi kejadian beberapa jam lagi sejak 6 pagi.
Katanya, siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit.
“Separuh daripada struktur terbakar sepenuhnya dan bangunan berkenaan mengalami keruntuhan struktur yang ketara,” katanya sambil menyifatkan kejadian itu sebagai insiden besar.
Perkhidmatan ambulans pula berkata, empat anggota bomba dan seorang kakitangan lapangan terbang dibawa ke hospital. Bagi EasyJet Britain yang beroperasi dari Lapangan Terbang Luton berkata: “syarikat penerbangan kini mengalami sedikit gangguan pada program penerbangan mereka.”
Ryanair Eropah berkata, penumpang yang terjejas akan dihubungi secepat mungkin, namun Wizz Air Hungary yang juga terbang melalui Luton, gagal dihubungi.
BHonline-