Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin selesai melaksanakan
lawatan kerja ke luar negara selama lima (5) hari ke Türkiye dan Iran.
Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..
Lawatan kerja ini adalah sebagai kesinambungan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dan usaha-usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneroka prospek kerjasama terutamanya dari segi
penyelidikan, pertukaran tenaga pakar serta program mobiliti jangka pendek pelajar kedua-dua negara.
Sepanjang lawatan kerja terbabit, sebanyak 19 Memorandum Persefahaman (MoU) dan tiga (3) sesi Memorandum Kerjasama (MoC) dimeterai. YB Menteri turut berkesempatan menghadiri mesyuarat dan membuat kunjungan hormat.
Lawatan kerja ini adalah sebagai kesinambungan untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi dan usaha-usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meneroka prospek kerjasama terutamanya dari segi
penyelidikan, pertukaran tenaga pakar serta program mobiliti jangka pendek pelajar kedua-dua negara. Sepanjang lawatan kerja terbabit, sebanyak 19 Memorandum Persefahaman (MoU) dan tiga (3) sesi Memorandum Kerjasama (MoC) dimeterai.
YB Menteri turut berkesempatan menghadiri mesyuarat dan membuat kunjungan hormat. Dalam siri lawatan kerja ke Türkiye (5 – 6 Oktober 2023).
Fokus utama MoU ini merupakan pemeteraian perjanjian bagi pelaksanaan Program Pesisir (offshore) antara USM dan IGU serta beberapa perkara yang dipersetujui termasuk pertukaran pelajar dan staf, kerjasama penyelidikan, membangunkan projek secara penyelidikan dan melakukan penerbitan bersama serta penglibatan lebih banyak syarikat multinasional dari Türkiye .
YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam siri lawatannya berkata, “pemeteraian MoU ini jelas membuktikan bahawa kualiti IPTA negara kian diyakini sehingga ia diiktiraf negara luar.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha kita memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara di peringkat global.”
Siri lawatan kerja kemudian diteruskan ke Iran (7 – 9 Oktober 2023) yang merupakan sebuah negara yang terkenal dalam bidang sains dan teknologi. Hubungan erat yang terjalin ini boleh dimanfaatkan dengan mengadaptasi inovasi yang dibangunkan agar mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Lawatan ini menyaksikan 16 MoU dan tiga (3) MoC dimeterai bersama empat (4) universiti di Iran. Sebanyak lima (5) MoU dan satu (1) MoC telah dimeterai bersama University of Isfahan, lima (5) MoU dan satu (1) MoC bersama Islamic Azad University, lima (5) MoU bersama D-8 International University (D8IU) dan satu (1) MoU bersama Art University of Isfahan.
Antara bentuk kerjasama yang telah disepakati adalah dalam bidang agrikultur, sains dan teknologi, pertukaran pelajar, penyelidikan dalam bidang kejuruteraan, penganjuran bengkel dan program latihan bersama serta memperluaskan kursus ‘dual degree’ yang mampu meningkatkan produktiviti dan kebolehpasaran para pelajar.
Pada masa yang sama, YB Menteri turut berkesempatan menyampaikan syarahan umum yang menekankan betapa pentingnya memperkukuh jalinan kerjasama yang mampu menangani isu seperti keterjaminan makanan, pendidikan dan kemahiran serta
perubahan iklim.
YB Menteri juga turut menghadiri Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah D-8 International University (D8IU) di Hamedan secara bersemuka dan maya yang menghimpunkan wakil dari 6 buah negara iaitu Malaysia, Iran, Pakistan, Bangladesh,
Indonesia dan Nigeria.
Beberapa agenda yang dibincangkan termasuklah pemberian akreditasi kepada D8UIserta ijazah yang dikeluarkan, menamakan sebuah universiti tempatan yang berperanan sebagai pusat kerjasama serta mencalonkan pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran di D8UI dan diberikan biasiswa.
YB Menteri telah mencadangkan agar D8IU tidak lagi menjadi sebuah universiti konvensional, sebaliknya ia perlu mempunyai ‘niche area’ tersendiri seperti dalam bidang sains dan teknologi.
Ini supaya dapat membezakan D8IU dengan institusi pendidikan tinggi yang lain.
Selain itu, turut disarankan agar satu kertas konsep ‘water for humanity’ untuk dibangunkan oleh para penyelidik dari kalangan negara anggota.
D-8 harus menyerlahkan keterlihatannya melalui peranan yang dimainkan yang sekali gus mampu menarik minat lebih banyak negara untuk menganggotainya dan berharap pertemuan tersebut menjadi lembaran yang penuh bermakna kepada usaha untuk memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi di persada dunia.
Melengkapkan siri lawatan kerja YB Menteri pada kali ini, satu sesi kunjungan hormat ke atas Menteri Sains, Penyelidikan dan Teknologi Iran, TYT Mohamad Ali Zolfigol turut diadakan di Hamedan bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan kedua-dua buah negara melalui sektor pendidikan tinggi.
Pelbagai perkara yang dibincangkan termasuklah kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi memandangkan Iran mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
TYT Mohammad Ali Zolfigol sendiri turut berhasrat untuk meneroka lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dengan Malaysia melalui sektor pendidikan tinggi.
YB Menteri berharap, inisiatif yang dijayakan ini dapat diterjemah dengan daya usaha serta komitmen yang tinggi, seterusnya mampu melonjakkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang sarat dengan sumbangan terhadap kesejahteraan masyarakat di peringkat global.
Mynewshub-