Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cadang Penagih Dadah Serah...

MELAKA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan agar penagih dadah termasuk golongan...

Kisah Sebenar Pemandu Ambulans...

KES seorang pemandu ambulans yang didakwa memperkosa seorang jururawat di Mersing, Johor kini...

Abang Jo Kecewa Bersatu...

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg meluahkan rasa kecewa terhadap wakil...

Seorang Suspek Kes Culik...

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lelaki yang dipercayai...

Leclerc Rampas Petak Utama GP Amerika

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan sepusingan terpantas Max Verstappen dibatalkan dan merudum ke tangga keenam di grid pada aksi kelayakan dramatik bagi perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemandu Ferrari itu mempamerkan pemanduan terpuji ketika dia melakar catatan sepusingan terpantas satu minit 34.723 saat untuk mengatasi pemandu McLaren, Lando Norris dengan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dari Mercedes merampas tangga ketiga.

Carlos Sainz di tangga keempat dalam jentera kedua Ferrari di depan George Russell dalam jentera kedua Williams dan Verstappen, yang mana catatan sepusingan terpantas lewat aksi cukup untuk meraih petak utama tetapi ia dibatalkan selepas dia melebihi had kelajuan litar di selekoh 19.

Ia petak utama ke-21 dalam karier Leclerc dan memberinya peluang untuk mengecewakan juara dunia tiga kali yang baru dinobat Verstappen membida kemenangan ke-50 karier pada perlumbaan Ahad ini (awal pagi Isnin).

“Saya amat gembira dengan catatan pada pusingan kelayakan apatah lagi meraih petak utama,” kata Leclerc.


“Ia satu pusingan yang amat bagus dan pasukan juga melakukan tugas yang hebat. Kami mengharungi FP1 (latihan bebas pertama) yang amat bagus, yang penting bagi acara pecut hujung minggu ini.”

Norris menganggap permulaannya di barisan hadapan satu “bonus buat pasukan.”

“Saya fikir saya cukup pantas untuk merampas petak utama. Saya tahu Charles menyatakan dia melakukan beberapa kesilapan, tetapi saya juga melakukannya! Apa pun saya tetap gembira dengan petak kedua.”

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori