Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Semula PPR Lembah...

PETALING JAYA — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membangunkan semula Projek...

Mansuh BIPK Langkah Terkebelakang...

SHAH ALAM - Keputusan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) serta beberapa elaun...

Malaysia Kukuhkan Cengkaman Carta...

IPOH - Pasukan negara, Malaysia mengukuhkan cengkaman teratas dalam carta Kejohanan Ragbi Asia...

Pengemis Di Dubai Raih...

DUBAI - Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga...

Lelaki Maut Kereta Jatuh Gaung Hantar Anak Ke Tadika

ROMPIN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Rizaidil Benjamin, 30, dalam perjalanan menghantar anaknya ke tadika dari Felda Keratong 4 ke Kampung Rekoh Baru.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan terjatuh ke dalam gaung setinggi lebih kurang 10 meter.

“Akibat kemalangan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak berumur enam tahun lebam di bahagian kepala,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya mangsa yang maut dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu kataya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan berbukit dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori