RIYADH : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan itu, Rabu ini bagi menangani situasi ketenteraan yang semakin meruncing dan ancaman terhadap orang awam di Gaza.
Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..
Memetik laporan Saudi Gazette, mesyuarat tergempar itu dibuat atas jemputan Arab Saudi, yang mempengerusikan sesi semasa Sidang Kemuncak Islam dan Jawatankuasa Eksekutif OIC.
Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan akan mengadakan mesyuarat luar biasa terbuka yang mendesak di peringkat menteri untuk menangani situasi ketenteraan yang semakin memuncak di Gaza dan sekitarnya.
Di samping itu, mesyuarat itu akan menangani keadaan semakin teruk yang membahayakan nyawa orang awam dan keselamatan serta kestabilan keseluruhan rantau ini.
Mesyuarat luar biasa akan berlangsung di ibu pejabat Sekretariat Agung di Jeddah.
-Utusan Online