Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nahas Germanwings: Misi Mencari...

SEYNE-LES-ALPES - Pihak berkuasa Perancis menangguhkan sementara misi mencari di lokasi nahas pesawat...

Pelacur Ditahan Di Hotel...

GEORGE TOWN - Lima wanita dipercayai menawarkan khidmat seks dengan bayaran serendah RM20...

Bekas CEO TH Heavy...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd (THHE) diperintah...

Banjir Kilat Melanda P.Pinang...

GEORGE TOWN - Beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan...

Pelakon Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia

LOS ANGELES : Pelakon siri popular Friends, Matthew Perry, 54, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades di sini, dipercayai akibat lemas selepas ditemukan dalam jakuzi di kediamannya itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Memetik laporan portal hiburan antarabangsa, tiada bahan terlarang ditemukan di lokasi tersebut atau sebarang perkara yang mencurigakan sebelum Perry menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurut jurucakap Polis Los Angeles, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kematian seorang lelaki berusia 50-an, namun identiti mangsa tidak dimaklumkan.

ā€œPolis mengesahkan kematian Perry tiada kaitan dengan unsur jenayah. Panggilan dibuat mengatakan penghuni rumah itu mengalami serangan jantung,ā€ lapor portal tersebut.

Sementara itu, wakil mendiang Perry dipercayai belum memberi sebarang kenyataan berhubung pemergian pelakon yang popular menerusi watak Chandler Bing itu.


Pelakon popular itu mula menikmati populariti secara global menerusi siri sitkom popular Friends, yang bertahan selama 10 musim sejak 1994.

Watak Chandler turut membawa Perry ke puncak kejayaan apabila dicalonkan pada Anugerah Primetime Emmy pada 2002.

Perry sebelum ini dilaporkan menjalani program pemulihan sebanyak 17 kali bermula 1997 selepas berdepan masalah ketagihan arak dan dadah.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori