Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Remaja Ketagih Internet Sanggup...

Remaja-remaja di China semakin ramai yang ketagih kepada internet sehingga sanggup memakai lampin...

Isu Kekurangan Bekalan Ayam...

KUALA TERENGGANU : Isu kekurangan bekalan ayam di pasaran yang berlaku ketika ini...

Polis Serbu Kediaman Suspek...

PARIS - Polis Perancis menyerbu kediaman emak kepada keluarga suspek wanita yang dipercayai...

Tok Mat Jangka PRU15...

RAWANG - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diramal akan berlangsung pada akhir 2020...

Perang Israel-Palestin: Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat

KUALA LUMPUR: Pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan disahkan selamat walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata penugasan pasukan MALBATT 850-10 ketika ini berjalan seperti biasa.

“Alhamdulillah, walaupun keadaan agak tegang di sana (Lubnan) mereka berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status keselamatan pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan.

Media antarabangsa melaporkan pertempuran membabitkan kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel, kian memuncak di sebalik konflik Palestin-Israel.


Mohammad berkata apabila pasukan MALBATT 850-10 dihantar ke Lubnan, segala pengarahan dan penugasan mereka adalah tertakluk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan buat masa ini mereka kekal di negara berkenaan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan.

“Mereka (PBB) akan mengeluarkan arahan sama ada MALBATT tetap di sana (Lubnan) atau kita berundur dan sebagainya.

“Doakan supaya tidak ada apa-apa kemalangan atau kecelakaan yang menimpa ke atas pegawai dan anggota-anggota MALBATT 850-10,” katanya.

Mohammad berkata sekiranya PBB mengarahkan MALBATT 850-10 berundur, maka pasukan berkenaan telah membuat persediaan pada sebilang masa untuk diatur gerak ke sebarang penugasan.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori