PEMBAYAR cukai harus memanfaatkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ia terbuka kepada semua pembayar cukai yang mempunyai pendapatan tidak pernah dilaporkan atau kurang dilaporkan.
Begitu juga pembayar cukai yang melaporkan perbelanjaan atau tuntutan terlebih tuntut atau tidak dibenarkan.
Sepanjang tempoh PKPS 2.0, HASiL menerima maklumat pengakuan sukarela tanpa sebarang tindakan audit atau siasatan di masa hadapan.
Kecuali bagi mereka yang gagal melunaskan bayaran cukai dalam tempoh masa ditetapkan.
Dengan demikian, tidaklah keterlaluan penulis berpandangan PKPS 2.0 merupakan suatu kompromi tahap tertinggi oleh HASiL.
Semua sedia maklum HASiL salah satu agensi utama memungut hasil yang padanya terkandung pelbagai peruntukan undang-undang.
Sebenarnya tiada kewajipan pun untuk HASiL memberi peluang kedua kepada pembayar cukai yang culas.
Akta sedia ada sudah cukup untuk HASiL menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan sewajarnya.
Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan beberapa akta lagi.
Namun inilah sikap bertimbang-rasa pihak HASiL yang sentiasa berusaha memudahkan pembayar cukai dan meningkatkan tahap pematuhan.
PKPS 2.0 selari dengan konsep A.E.S (Awareness, Education, Services) yang menjadi teras kepada pelaksanaannya.
Lebih menarik permohonan untuk PKPS 2.0 diproses dengan cukup pantas iaitu hanya dalam tempoh 14 hari bekerja.
Tanpa perlu menunggu lama, permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan akan diproses segera dari tarikh penerimaan.
Bagaimanapun, 30 hari bekerja diambil bagi memproses permohonan melibatkan isu harga pindahan.
Surat penyelesaian juga akan dikeluarkan bersama-sama notis taksiran/ taksiran tambahan.
Justeru, adalah suatu kerugian kepada pembayar cukai yang layak untuk memandang sepi kompromi HASiL terhadap mereka.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinasikan kompromi suatu persetujuan atau penyelesaian berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah.
Ingat, tempoh pelaksanaan PKPS 2.0 adalah mulai 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024. Masa bergerak pantas. Usah berlengah lagi.
Mynewshub-