Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Teruja Sama-Sama...

SINTOK - Sepasang suami isteri tidak menyangka mereka sama-sama diterima masuk untuk belajar...

IKEA Batu Kawan Mula...

SEBERANG PERAI - Gedung perabot terkemuka dari Sweden yang keempat di negara ini,...

Lantikan Pengerusi GLC Tidak...

PONTIAN - Pelantikan jawatan pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu...

KPM Buat Laporan Polis...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini telah membuat laporan polis berkenaan isu...

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, susulan beberapa siri perhimpunan diadakan di hadapan bangunan kedutaan terbabit.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata menjadi tugas pihaknya untuk menjamin keselamatan semua pihak termasuk pihak Kedutaan AS dan kedutaan lain yang beribu pejabat di ibu negara.

“Bangunan kedutaan itu adalah pejabat perwakilan asing yang negara itu mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

“Sehubungan itu, ia menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan mereka terjamin di sini,” katanya kepada media di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian diminta mengulas beberapa siri perhimpunan yang diadakan di ibu negara termasuk di hadapan bangunan Kedutaan AS bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan membantah serangan Israel.

Allaudeen berkata, pihaknya menyedari banyak pihak kini ghairah mengadakan pelbagai himpunan bantahan susulan konflik yang berlaku di Gaza.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menasihatkan penganjur dan peserta yang terbabit dalam perhimpunan itu mematuhi undang-undang negara dan segala peraturan yang dikuatkuasakan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori