MOSCOW: Kerajaan Russia memaklumkan negaranya menyumbang sebanyak 27 tan bantuan kemanusiaan bagi penduduk di Semenanjung Gaza yang dihantar melalui Mesir.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Situasi Kecemasan Russia, Ilya Denisov dalam satu kenyataan.
“Sebuah pesawat khas berlepas dari lapangan terbang di Ramenskoye dekat Moscow menuju ke El-Arish di Mesir.
“Bantuan kemanusiaan Russia akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir untuk dihantar ke Semenanjung Gaza,” katanya.
Menurut Denisov, bantuan kemanusiaan itu terdiri daripada pelbagai barangan makanan termasuk gandum, gula, beras dan pasta.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan perjanjian yang membenarkan bantuan kemanusiaan terdesak untuk memasuki Gaza ketika kira-kira sejuta penduduk meninggalkan kediaman mereka di tengah-tengah serangan udara Israel.
Selepas mengadakan perbincangan bersemuka di Israel dan rundingan diplomasi melalui telefon dengan Mesir, Biden berkata, hanya sejumlah trak akan dibenarkan menyeberangi sempadan Rafah yang ditutup dari Mesir ke Gaza bermula esok.
UtusanOnline-