Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

‘Tukang Panggang’ Kucing Mengaku...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang dipercayai membunuh seekor kucing bunting dengan memasukkannya...

Dakwaan Waktu Solat Salah...

PUTRAJAYA : Dakwaan pihak tertentu konon waktu solat fardu adalah salah kerana bumi...

Agenda DAP-PH: Malaysian Malaysia...

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Johor mengecam pihak yang cuba mempersenda dan mempermainkan...

KP Imigresen Ketuai Operasi...

KINABALU - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali mengetuai Operasi...

Serangan Hamas Bukti Israel Tidak Mampu Lindungi Negara Arab

BANDAR GAZA – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa Israel tidak mampu memberikan perlindungan kepada negara-negara Arab meskipun dengan termeterainya perjanjian diplomatik, lapor akhbar Arab News.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, Ismail merujuk kepada negara-negara Arab yang telah menormalkan hubungan dengan Tel Aviv dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami mahu memberitahu kepada semua negara termasuk saudara Arab kami bahawa entiti ini (Israel) yang tidak dapat melindungi dirinya daripada musuh, tidak dapat memberi anda sebarang perlindungan.

“Semua normalisasi perjanjian yang anda tandatangani bersama entiti itu (Israel) tidak dapat menyelesaikan konflik (Palestin),” tegasnya.

Ismail selain itu turut memberitahu bahawa pejuang Palestin berhasrat untuk meluaskan pertempuran di Gaza ke Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

“Pertempuran akan bergerak ke tengah-tengah ‘entiti zionis’. Ini merupakan kekalahan dan penghinaan terhadap musuh kita (Zionis), askar dan penerokanya.


“Apa yang berlaku mendedahkan kehebatan persiapan kami. Apa yang berlaku hari ini juga mendedahkan kelemahan musuh,” kata Ismail.

Sementara itu, pemimpin sayap tentera Hamas, Mohammed Deif berkata, serangan semalam dilakukan sebagai tindak balas kepada sekatan ke atas Gaza selama 16 tahun, serbuan Israel di Tebing Barat sepanjang tahun lalu, keganasan di Masjid Al-Aqsa serta serangan meningkat oleh peneroka Yahudi ke atas rakyat Palestin dan pertambahan pendudukan haram.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, lebih 200 warga Israel maut dalam serangan berskala besar semalam.

Menurut pegawai Gaza, serangan udara di kawasan pesisir pantai Gaza telah mengorbankan seramai 232 orang dengan hampir 1,700 lagi cedera.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori