Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zahid Bidas Kenyataan Dakwa...

BAGAN DATUK - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas satu...

BN Sarawak Sudah Terima...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah menerima senarai beberapa calon untuk bertanding...

Kelirukan Umat Islam, Jolly...

JIKA tidak hati-hati, banyak barangan yang terdapat di pasaran pada zaman ini boleh mengelirukan umat...

Kucing Terpaksa Bersenam Kerana...

NASHVILLE - Seekor kucing yang mempunyai masalah obesiti terpaksa menjalani latihan senaman menggunakan...

SPRM Siasat Dokumen NGO Kutip Derma Untuk Palestin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang mengutip dana untuk rakyat Palestin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, dokumen-dokumen tersebut disiasat bagi membantu siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa membabitkan pengumpulan derma.

“Siasatan setakat ini menumpukan kepada dokumen-dokumen yang banyak perlu dikaji melalui forensik, bagaimana wang itu dibelanjakan.

“Daripada siasatan kita perlu melihat daripada mula pungutan wang dana dibuat, bagaimana dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Anti-Bribery Anti-Corruption Summit 2023 (ABAC) di sini, hari ini.

Menurut Azam, setakat ini pihaknya belum merakam percakapan mana-mana individu berkaitan siasatan tersebut.

Bagaimanapun, pihaknya memperoleh kerjasama daripada NGO tersebut serta pengarahnya.

“Saya boleh katakan kita membuat forensik, menemu duga dan mendapatkan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat dalam perbelanjaan dan proses audit.


“Kes ini masih terlalu awal, siasatan berdasarkan tohmahan dan pertikaian sama ada wang perbelanjaan NGO itu untuk mereka yang menjadi mangsa di Palestin dan adakah mereka mengikut peraturan negara ini.

“Siasatan bermula minggu lalu, walaupun tiada laporan namun kes ini kepentingan awam kerana ini wang dana kita semua,” katanya.

20 Oktober lalu, media melaporkan SPRM telah memulakan siasatan ke atas sebuah NGO berhubung dengan aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan tersebut untuk rakyat Palestin.

Azam dilaporkan berkata, pihaknya memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam media meskipun tiada aduan formal dibuat.

“SPRM mempunyai bidang kuasa untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang diterbitkan oleh media.

“Apabila terdapat perkara berkepentingan awam dan didokong oleh maklumat yang boleh dipercayai, kita akan siasat tidak kira ada aduan atau tidak,” ujarnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori