Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Banjir: RM100,000 Bantu Mangsa...

MACHANG - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk membantu 1,500 keluarga mangsa banjir...

Kementerian Sumber Manusia Sedia...

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot memberi jaminan bahawa kementerian...

Seekor Lagi Bayi Orang...

KUCHING - Selepas kehadiran seekor anak Orang Utan dipercayai dilahirkan semasa sambutan Hari...

Ketagih Cantik, Wajah Pemilik...

Memegang takhta sebagai pemilik kepada salah satu jenama pakaian mewah nombor satu dunia,...

Tambahan Perbelanjaan Projek LCS Demi Penuhi Keperluan Tempur

KUALA LUMPUR : Pembinaan semula Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) mengalami sedikit kelewatan berikutan urusan memuktamadkan perjanjian pada Mei lalu yang menyaksikan Kementerian Kewangan (MOF) menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) untuk mengambil alih syarikat bertanggungjawab terhadap projek berkenaan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, kerja penyambungan pembinaan LCS yang sepatutnya bermula Mei lalu bagaimanapun hanya dapat diteruskan minggu lalu.

“Sebab kita tak buat sekali lima (unit LCS). Kapal pertama sudah siap dah, hampir 96 peratus. Ini kita baru nak mula (sambung) minggu lepas.

“Sebab walaupun Mei dulu kita sudah buat perjanjian (dan) tandatangan…tetapi perjanjian dan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) diambil alih MOF pada hujung September, jadi pekerjaan awal ini bolehlah bermula dalam minggu ini.

“Jadi ada lebih kurang tiga, empat bulan kelewatan. Patutnya (LCS pertama diserah) pada Ogos 2026, tapi ada dua tiga bulan lewat ini, jadi kita punya tempoh (siap) sudah beralih,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memaklumkan tempoh masa pembinaan LCS dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka menerima lima LCS yang ditempah pada 2029.

Mohamad ketika mengulas penambahan kos keseluruhan pembinaan lima LCS itu berkata ia disebabkan peningkatan perbelanjaan bagi menambah keupayaan tempur LCS.

“Kita memang buat satu-satu dan yang terakhir 2029. Kerana sekarang enjinnya (untuk semua lima LCS) sudah ada. Kapal (LCS) lima biji itu (termasuk) dua enjin, dua ‘generator’, dua ‘gearbox’.. ‘sharp’ dan ‘propeller’ semua ini sudah ada.

“Cuma tambahan (perbelanjaan) tempoh hari kerana pihak TLDM baru mengemukakan dan sudah bersetuju ‘combat capasity’ (kapasiti tempur) jenis apa yang mahu kita gunakan.


“Masa kita buat (LCS) mula-mula dulu, kita tak masuk perkiraan kos untuk peluru berpandu ‘surface-to-surface’ (permukaan ke permukaan), ‘surface-to-air missile’ (permukaan ke udara)..ini belum masuk.

“Jadi kita buat sekali, maka lebih RM1 bilion itu adalah tambahan untuk kita tambah keupayaan tempur kapal tersebut,” katanya.

Pada Mei lalu, Boustead Holdings Berhad (BHB) memaklumkan, jumlah keseluruhan kos projek LCS sudah disemak menjadi RM11.2 bilion, meningkat daripada RM9 bilion, susulan anak syarikat BNS menandatangani enam kontrak tambahan untuk projek itu dengan kerajaan.

Syarikat itu juga berkata, kapal pertama akan dihantar dan diuji sepenuhnya pada Ogos 2026, sementara kapal kelima dijangka pada April 2029.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kapal LCS yang sudah siap kelak perlu melalui dua penilaian iaitu di pelabuhan dan lautan.

Katanya, penilaian di pelabuhan adalah bagi menguji kemampuan kapal yang sudah siap dibina itu untuk terapung dan bergerak, seterusnya ujian pengoperasian di laut.

“Selepas siap dibina, kita akan lakukan penilaian pelabuhan empat hingga lima bulan dan penilaian di laut lima hingga enam bulan.

“Kemudian selepas TLDM puas hati kapal ini boleh diterima dan diguna TLDM, baru kita terima penyerahan kapal itu dari pihak kontraktor,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori