Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UTeM Terima Kemasukan Pelajar...

KUALA LUMPUR - Pelajar dari China yang memiliki diploma teknologi maklumat berpeluang untuk...

HUSM Dibantu Pakar Jantung...

KOTA BHARU - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menerima bantuan kepakaran sepasukan...

Demi Siapkan Urusan Kahwin,...

HANYA tinggal kurang dua bulan, pelakon popular Sharnaaz Ahmad bakal bergelar suami kepada...

Generasi Pertama Pemimpin Singapura,...

SINGAPURA - Othman Wok, bekas anggota Kabinet dan seorang daripada pendukung awal dasar...

Tampar Isteri, Penganggur Dipenjara Enam Bulan

IPOH: Padah menampar isteri kerana berang tidak diberikan wang, seorang penganggur menerima balasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Tertuduh, R. Kumaran, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan kepada isterinya, R. Santhini, 32, di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kledang Emas di Ipoh pada pukul 6.45 petang, 4 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, tertuduh juga mengaku bersalah kerana didapati gagal mengemukakan kad pengenalan diri ketika diminta oleh Inspektor Ishak Jumain di lokasi sama pada pukul 1.20 petang, 5 Oktober 2023.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Kathan.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 5 Oktober lalu.

Tangkapan terhadap tertuduh yang memiliki tujuh rekod bersabit kes dadah dan satu rekod jenayah itu dibuat susulan laporan polis oleh isterinya yang mendakwa ditampar di bahagian muka sebelah kiri.

Tertuduh bertindak demikian ekoran berang tidak diberikan wang selain mengamuk dengan memecahkan barang-barang di dalam rumah dan mengugut untuk membunuh isteri dan membakar motosikal bapa mertua jika laporan polis dibuat.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori