BAITULMAQDIS: Tentera darat Israel yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza, hari ini menyerang beberapa sasaran Hamas sebelum berundur, kata tentera dalam satu kenyataan mengenai apa yang disifatkan oleh Radio Tentera Israel sebagai pencerobohan terbesar dalam perang semasa.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Video tindakan semalaman yang dikeluarkan oleh tentera menunjukkan kenderaan perisai bergerak melalui zon sempadan berpasir.
Sebuah jentolak dilihat meratakan sebahagian tebing yang dinaikkan, mengisi peluru api kereta kebal dan letupan kelihatan berhampiran atau di tengah-tengah deretan bangunan yang rosak.
Kenyataan tentera yang disiarkan dalam talian berkata, pencerobohan itu dilakukan ‘sebagai persediaan untuk peringkat pertempuran seterusnya’ yang merujuk kepada kemungkinan pencerobohan berskala besar yang diancam oleh pemimpin Israel sebagai sebahagian daripada perang untuk memusnahkan Hamas.
“Askar-askar itu sudah keluar dari kawasan itu dan kembali ke wilayah Israel,” kata kenyataan tentera itu lagi.
Sejak Ahad, Israel memulakan pencerobohan darat setempat ketika perang, yang dicetuskan oleh serangan sempadan pada 7 Oktober oleh lelaki bersenjata Hamas, memasuki minggu ketiga.
Radio Tentera Israel menyifatkan pencerobohan pada Khamis sebagai yang terbesar.
Setakat ini, Hamas di Gaza tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kemaraan tentera darat Israel itu.
BHonline-