Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bukan Hal Bubar Parlimen...

PETALING JAYA - Sidang media Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Ahad...

Yingluck Ditegah Pergi Keluar...

BANGKOK - Kerajaan tentera Thailand melarang bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra keluar negara...

PH Belum Muktamad Pembahagian...

MUAR - Pakatan harapan masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum...

Sumbangan Industri Pelancongan Kepada...

KUALA LUMPUR – Industri pelancongan merekodkan sumbangan sebanyak 14.9 peratus kepada pertumbuhan ekonomi...

TMJ Tawar Stadium Sultan Ibrahim Buat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Ia susulan isu keadaan serta kualiti rumput baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dilihat tercabut dan ‘terkopak’ di beberapa bahagian ketika Harimau Malaya turun menentang India pada Pestabola Merdeka semalam.

Pengadil dan pemain kedua-dua pasukan terpaksa ‘memperkemaskan’ semula kedudukan rumput yang tercabut itu yang sedikit sebanyak menjejaskan permainan walaupun aksi itu berjaya dimenangi Harimau Malaya dengan keputusan 4-2.

“Ini adalah produk yang terbukti. Tetapi kena jaga betul-betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama.

“Beza dia di SBNJ tak ada TMJ di situ, itu sahaja. @FAM_Malaysia (Persatuan Bola Sepak Malaysia) kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” menurut kenyataan TMJ di laman Twitter peribadinya.


Tunku Ismail juga tidak terkejut perkara itu akan berlaku kerana baginda sudah memaklumkan perkara itu semasa majlis penyerahan padang baharu SNBJ menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan jenis cowgrass digunakan sebelum ini.

“Semalam (kelmarin) semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ini perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok (semalam) semasa perlawanan,” jelas baginda.

Harimau Malaya dijadualkan bermain satu lagi perlawanan Pestabola Merdeka menentang Tajikistan pada Selasa ini.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori