Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Akan Ambil Keterangan...

IPOH - Polis akan mengambil keterangan adik Anthony Kevin Morais dalam masa terdekat...

Nafi Kenyataan Ada Kaitan...

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum...

Sabah Sentiasa Usaha Kukuh...

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan di negeri ini...

Bapa Bagi Anak Merokok,...

ENTAH Lah...  tak tahu apa yang ada di dalam fikiran seorang bapa apabila...

Yuran Masuk Universiti Awam Tak Lebih RM1,500

KUALA LUMPUR : Kerajaan memperuntukkan RM16.3 bilion bagi Kementerian Pendidikan Tinggi dan bermula Januari 2024, yuran pendaftaran memasuki universiti awam dihadkan tidak melebihi RM1,500.

Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini…..

Pada masa sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat daripada mendaftar subjek pada setiap semester manakala bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek.

Sejumlah RM250 turut disediakan bagi mengganti dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam.

Belanjawan 2024 turut menyediakan RM300 juta untuk menyelenggara dan membaiki prasarana serta menggantikan peralatan usang bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan di institusi pendidikan tinggi (IPT).


Kerajaan akan terus merakyatkan ilmu dengan menggalakkan komuniti rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan warga emas mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti.

Sejumlah RM5 juta disediakan untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti seluruh negara.

Kerajaan menyediakan RM1 juta kepada setiap universiti awam untuk memperhebat pelaksanaan Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Dalam Komuniti OKU.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori