Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

7 Perkara Tak Disangka,...

MUNGKIN ada yang menyatakan kaum lelaki ini sebenarnya pantang nampak wanita di sekeliling...

Lagi Suspek Serangan Bom...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa lagi suspek yang dipercayai...

Kes Lelaki Maut Dibunuh...

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lagi individu semalam bagi membantu siasatan kes seorang...

Tun Razak Dikurnia Anugerah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini...

4 Didakwa Kerana Curi Mangkuk Tandas Bernilai AS$6 Juta

LONDON: Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tandas yang dijadikan hiasan dan dianggarkan bernilai AS$6 juta (RM28 juta) itu hilang dalam satu kejadian pada September 2019.

Pada Isnin, Crown Prosecution Service (CSP) berkata pihaknya membenarkan pertuduhan jenayah ke atas empat lelaki itu yang akan hadir di Mahkamah Majistret Oxford pada 28 November ini.

Tertuduh ialah James Sheen, 39, dari Wellingborough, Northamptonshire yang berdepan pertuduhan pecah rumah dan dua lagi pertuduhan.


Selain itu, Michael Jones, 38, dari Oxford, didakwa atas pertuduhan pecah rumah manakala Fred Doe, 35, dari Ascot, Berkshire, dan Bora Guccuk, 39, dari barat London, masing-masing didakwa dengan pertuduhan bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.

Tandas yang berfungsi sepenuhnya itu dipasang sebagai karya seni di istana Oxfordshire, tempat kelahiran Winston Churchill.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori