Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tips Genius Buat Lelaki...

PASTINYA apabila tiba sahaja musim perayaan, para suami tidak dapat lari daripada menemani...

Viral, Pramugara China Mirip...

PEMINAT K-Pop mulai 'histeria' selepas tersebar foto menunjukkan seorang pramugara China yang memiliki wajah...

KL2017: Temasya Terakhir ‘The...

NILAI - Juara Keirin Dunia 2017, Azizulhasni Awang berkata temasya Sukan SEA ke-29...

Tiada Penangguhan Pembayaran Bulanan...

SHAH ALAM - Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menjelaskan tiada penangguhan pembayaran...

Abdul Wahab Sahkan Identiti ‘Mr H’ Kepada Polis

KUALA LUMPUR : Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan bekas ketua pengarahnya, mengesahkan identiti ‘Mr H’ kepada polis, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Peguamnya, Faizal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada pihak polis pada jam 11 pagi sehingga 2.30 petang tadi.

“Kita mengesahkan orang sama (Mr H) iaitu seorang pegawai di J-KOM, pada saya ia sudah selesai, jadi kita serahkan kepada polis.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr H,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, kesihatan anak guamnya itu juga masih tidak stabil dan bergantung kepada ubat.

“Sepatutnya Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berkenaan Mr H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.


“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan namun kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau dan menerima rawatan.

Susulan itu, individu berkenaan terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan pihak polis bagi memberi keterangan.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang media di sebuah hotel di Bangi mendakwa tindakannya merakam video yang mengandungi perbualan berunsur lucah bersama Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori