Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Letak Pegawai...

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan meletakkan pegawai perhubungan di rumah-rumah ibadat termasuk...

Salah Tangkap Khalwat, Suami...

SEPASANG suami isteri mendapat malu besar apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat...

1MDB Bakal Ditutup Selepas...

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) akan ditutup...

Zahir Simpati Pada Ariana,...

TATKALA para peminat bintang pop Ariana Grande di seluruh dunia mengirimkan tribute kepada penyanyi itu di...

Agus Tiba Di IPD Kajang Beri Keterangan Isu Video Tular

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tiba di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi memberi keterangan susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohammad Agus yang berbaju kemeja biru tiba di IPD berkenaan ditemani peguamnya, Faizal Abd. Rahman kira-kira pukul 2 petang.

Beliau menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kepada Utusan Malaysia, keterangan Mohammad Agus dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani sekali lagi hari ini.

Keterangan Abdul Wahab juga akan diambil dalam masa terdekat ini.

Pada Sabtu lalu, Abdul Wahab mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali Mr H untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM itu.


Abdul Wahab, 33, mendakwa Mr H pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan jawatan lebih tinggi sebagai habuan.

Dalam pada itu, Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.

Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Satu rakaman video berdurasi 3.03 minit membabitkan kes berkenaan tular hingga menjadi topik hangat di media sosial.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori