SHAH ALAM: BERSATU akan mengadakan mesyuarat tergempar susulan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti itu pada pemilihan akan datang.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata keputusan Muhyiddin itu akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan nanti.
Terdahulu, Muhyiddin ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung BERSATU 2023, di sini, berkata keputusan berkenaan dibuat bertujuan memberi ruang kepada pemimpin pelapis berpengalaman untuk mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.
BHonline-