Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Rohingya: Anifah Harus...

APABILA Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan ASEAN bukan lagi platform relevan...

Pelaksanaan Projek Mega Perlu...

KUALA LUMPUR - Projek pembangunan mega yang dirancang untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat...

Penerbit Dan Pengedar Buku...

SUSULAN isu kesilapan pencetakan dalam kandungan buku latihan murid tahun empat bertajuk Keluarga Harmoni yang disiarkan...

Pemancing Dikhuatiri Hilang Dekat...

BESUT - Seorang pemancing dikuatiri hilang ketika memancing kira-kira dua batu nautika dari...

Bicara Guan Eng: Prosiding Cabar Kredibiliti Zarul Ahmad 9 Januari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Januari tahun depan bagi memutuskan sama ada pernyataan Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), boleh digunakan untuk mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti kandungan pernyataan setebal 108 muka surat yang diserahkan kepada mahkamah hari ini.

“Saya akan teliti dahulu pernyataan ini dan buat keputusan sama ada ia boleh digunakan untuk mencabar kredibiliti saksi (Zarul Ahmad),” ujar beliau.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menyerahkan pernyataan ahli perniagaan itu kepada mahkamah seperti yang diperintahkan oleh hakim berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memohon pernyataan itu diserahkan kepada pasukan pembelaan terlebih dahulu bagi membolehkan pihaknya membaca dan menggariskan perenggan-perenggan tertentu yang didakwa memprejudiskan tertuduh.

Pada prosiding hari ini, Guan Eng tidak hadir selepas kehadirannya dikecualikan oleh mahkamah.

Pada 2 November lalu, Azura membenarkan pasukan pembelaan memulakan prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad yang merupakan saksi penting pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang.


Mahkamah akan menentukan sama ada wujud percanggahan pernyataan saksi pendakwaan ke-23 (SP23) itu ketika siasatan satu kes berlainan di Shah Alam dengan keterangannya ketika menjadi saksi kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau selanjutnya mengarahkan pihak pendakwaan membekalkan salinan pernyataan Zarul Ahmad yang direkodkan oleh SPRM dalam kes melibatkan ahli perniagaan, G. Gnanaraja di Shah Alam.

“Saya perlu meneliti sama ada wujud percanggahan atau sebaliknya. Jika wujud percanggahan, barulah salinan pernyataan itu dibekalkan kepada pihak pembelaan untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad,” ujar beliau.

Pada 24 Oktober lalu, Gobind berhujah, pihak pembelaan berhak menyoal pengarah syarikat itu berhubung isu wang RM2 juta masing-masing untuk Guan Eng dan Najib yang diberikan melalui Gnanaraja selaku orang tengah pada 2017.

Gobind membayangkan bahawa Zarul Ahmad menipu kerana pada perbicaraan lalu, mahkamah diberitahu oleh saksi-saksi lain bahawa penyerahan hanya melibatkan wang RM2 juta, bukan RM4 juta.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sedang dibicarakan atas pertuduhan menerima suapan wang RM3.3 juta sebagai tindakan membantu CZBUCG milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek terowong dasar laut dan jalan utama bernilai RM6.3 bilion.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori