Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Delegasi China Ke Malaysia...

KUALA LUMPUR - Delegasi dari China dijangka berkunjung ke Malaysia untuk membincangkan masa...

Peminjam PTPTN Disenarai Hitam...

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam...

Industri Filem Porno Jepun...

UMUM mengetahui, Jepun adalah antara negara Asia yang amat terbuka dalam penerbitan pornografi...

Dos Penggalak Mungkin Tidak...

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa...

Deepavali: Rancang Perjalanan Dengan Jadual TTA

PETALING JAYA : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan balik kampung dan kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Deepavali di Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 November hingga 14 November ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jadual TTA tersebut boleh diperoleh menerusi laman web PLUS (www.plus.com.my) serta laman media sosial PLUS Malaysia.

“Ia bagi membolehkan pengguna merancang perjalanan mereka di samping membolehkan PLUS mengagihkan trafik dan mengelak kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak, ” katanya.


Namun begitu, kelancaran perjalanan trafik turut bergantung kepada kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan dan sebagainya yang boleh mengganggu perjalanan di lebuh raya.

Oleh itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menyusun jadual perjalanan pergi dan balik berdasarkan TTA yang dikeluarkan.

“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori