Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Inilah Langkah Kajang Sebenar”...

SIAPA boleh lupa 'Langkah Kajang' atau Kajang Move sebelum ini dikenali sebagai strategi...

12 Barangan Di Bawah...

KOTA KINABALU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 12...

Doktor Gigi Puaka Dibicarakan...

Nevers (Perancis) - Seorang lelaki Belanda yang digelar media di sini sebagai ‘doktor...

Nak Isi Minyak Free,...

RANGKAIAN stesen minyak Oblast di Rusia melakukan gimik pemasaran yang cukup luar biasa...

Dewan Rakyat: Kelantan Boikot Israel Tapi Pakai Mercedes-Benz

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen kerajaan menegaskan pembangkang khususnya di Kelantan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam memboikot pihak yang menyokong zionis Israel termasuk tidak menggunakan kenderaan mewah Mercedes-Benz.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Chong Zhemin [PH-Kampar] berkata, hal itu susulan Mercedes-Benz sebelum ini telah mendermakan wang sebanyak RM1 juta euro (RM5 juta) kepada Israel.

Beliau menyeru pembangkang supaya memboikot kesemua perkara dan tidak tertumpu kepada produk-produk tertentu sahaja.

“Kalau mahu boikot jangan double standard. Mahu boikot, boikot semua. Contohnya, Mercedes-Benz, kira-kira dua minggu lalu derma RM1 juta euro kepada Israel.

“Saya mahu tanya kerajaan Kelantan, 14 buah kereta Mercedez-Benz masih mahu pakai atau tidak? Mahu boikot atau tidak?


“Kalau mahu bikot jangan double standard, Starbucks dan McDonald’s tidak mahu, jadi Mercedez pun jangan pakai. Duit sudah masuk Israel,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 16 Januari 2020, media melaporkan, kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika itu berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018.

Bagaimanapun, katanya, pembelian kenderaan rasmi itu tiada kaitan langsung dengan peruntukan khas sebanyak RM400 juta oleh Kerajaan Pusat sebaliknya menggunakan duit kerajaan negeri.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori