Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bakal Pengantin Mengaku Salah...

Muar: Seorang lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan, mengaku bersalah di Mahkamah...

Program Vaksinasi Covid-19 Pacu...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melahirkan...

Tentera Daesh Lancar Serangan...

WASHINGTON - Tentera kumpulan militan Daesh dipercayai melancarkan serangan tikaman di sebuah pusat...

Jabatan Penerangan Lancar Kempen...

MELAKA - Jabatan Penerangan Melaka akan menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kejayaan itu hasil kawalan secara bersepadu oleh pasukan keselamatan menerusi rondaan darat, laut dan udara bertujuan meminimumkan ancaman berkenaan.

“Untuk makluman, ancaman penculikan ada, tetapi rekod sejak 15 Januari 2020 hingga sekarang penculikan untuk tebusan wang itu sifar.

“Ini rekod sangat signifikan. Hal itu kerana ESSCOM buat rondaan, ada kapal yang dipanggil kapal induk (Mothership) dan rondaan helikopter antara perkara yang melonjakkan prestasi dan meminimumkan ancaman keselamatan”, katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) berhubung status terkini ESSCOM dan usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mempertingkatkan keupayaan aset serta penguatkuasaan dalam mendepani ancaman keselamatan sempadan.

Saifuddin berkata sehingga Januari hingga 31 Ogos lalu, ESSCOM berjaya membuat 1.7 juta pemeriksaan fizikal ke atas orang, kenderaan dan bot di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).


“Dari jumlah itu sebanyak 414 individu ditahan, 139 kenderaan dan bot ditahan dan 191 pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir,” katanya.

Saifuddin berkata, kementeriannya juta sangat menitikberatkan kebajikan keluarga anggota di Sabah.

Katanya, KDN melakukan perolehan 60 unit pangsapuri di Lahad Datu.

“Jadi aspek kebajikan keluarga anggota juga sangat dititkberatkan bagi membolehkan suasana kerja lebih kondusif.

“Kita juga mengubah daripada perintah berkurung kepada perintah kawalan pergerakan kerana kawasan ESSCOM mempunyai potensi besar dari segi pelancongan dan rekod di tangan saya menyaksikan kedatangan pelancong dari Eropah dan China terutamanya semakin menunjukkan trend meningkat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori