Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dubai Umum Anjur Sukan...

DUNIA robotik merupakan salah satu arena yang sedang berkembang pesat dan terbaharu, kerjaan...

ESSCom Berjaya, Keselamatan Di...

KOTA KINABALU - Kesiapsiagaan dan langkah-langkah yang dilaksanakan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai...

Angkasawan Apollo 1969 Dengar...

NEW YORK - Hampir 50 tahun lalu, tiga orang angkasawan roket Apollo 10...

Lukisan 7D Berdasarkan Fantasi...

PASIR MAS - Pelukis kontemporari, Ngdawiyah lsmail, 43, mempamerkan keistimewaannya tersendiri apabila berjaya...

Gangguan Seksual: Bukit Aman Ambil Keterangan Pegawai Kanan Maritim Malaysia Esok

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan mengambil keterangan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) esok, susulan dakwaan kes gangguan seksual membabitkannya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata keterangan pegawai kanan itu akan diambil Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil pada esok jam 2.30 petang,” katanya di sini.

Sementara itu, pegawai kanan Maritim Malaysia berkenaan akan memberi kerjasama dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia dalam kenyataannya, berkata isu berkenaan turut mengaitkan nama keluarga beliau adalah bersifat peribadi dengan motif tertentu.


Semalam, PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan membabitkan dakwaan kes gangguan seksual oleh pegawai kanan berkenaan terhadap seorang wanita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori