Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar: Majlis Resepsi Azwan...

SELEPAS melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Pahang baru-baru ini, pasangan Azwan Kombos...

Kerajaan Perak Arah Aktiviti...

IPOH - Kerajaan negeri mengarahkan sebarang kerja-kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan Air...

Warga Emas Hidup Bersama...

BAYANGKAN wanita ini hidup bersama rangka ibunya yang telah meninggal dunia sejak 30...

“Saya Memang Jangka Kalah...

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata beliau telah...

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid lelaki di perpustakaan sebuah sekolah agama di Tangkak pada 2019 dan 2020.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Fauzi Musa, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 10 tahun dalam perpustakaan sekolah terbabit pada jam 4 petang, 2 Januari 2020.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap seorang lagi murid lelaki ketika itu berusia 11 tahun, pada Oktober 2019 dan Januari 2020.

Pertuduhan keempat dan kelima pula, dia sekali lagi melakukan perkara sama terhadap murid lelaki lain yang ketika itu berusia usia 11 tahun pada jam 3 dan 4 petang antara November 2019 dan 2 Januari 2020 di tempat sama.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Manakala hukuman bagi Seksyen 16 akta berkenaan tertuduh boleh dipenjara lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang dua kali.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak dibenarkan tertuduh diikat jamin kerana kesalahan serius yang membabitkan mangsa adalah muridnya.

Bagaimanapun, tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin paling rendah memandangkan perlu menanggung tiga anak berusia satu hingga enam tahun.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Sungai Mati setiap bulan dan tidak boleh berhubung atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 16 Januari ini untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori