Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPR Perkenal Kamera Rakam...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di...

Pengerusi PKR Kelantan Enggan...

KOTA BHARU - Pengerusi PKR Kelantan yang baru dilantik Datuk Seri Mohamad Suparadi...

Polis Tahan Ahli Politik...

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk...

PRU15: Muhyiddin Yakin Cukup...

PUTRAJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin beliau sudah memperoleh...

Hamas Musnahkan 6 Kereta Kebal Israel Di Gaza

ANKARA: Kumpulan pejuang Palestin Hamas semalam berkata pihaknya berjaya memusnahkan enam kereta kebal Israel dan dua kenderaan tentera di Semenanjung Gaza.

Dalam satu kenyataan, sayap bersenjata kumpulan itu, Briged Qassam, berkata tiga kereta kebal dan dua kenderaan terkena peluru anti-perisai di utara Gaza City.

Dua lagi kereta kebal dimusnahkan di barat daya Gaza City dan sebuah lagi di barat laut bandar Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, tambahnya.

Memetik laporan ANADOLU, tiada ulasan daripada tentera Israel mengenai kenyataan Hamas.


Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, telah terbunuh sejak itu. Sementara itu angka kematian Israel, hampir 1,600, menurut angka rasmi.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori