Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lemas Penyumbang Utama Nahas...

SEREMBAN - Kematian akibat lemas kekal menjadi penyumbang utama bagi kemalangan meragut nyawa...

UAE FA Mohon Maaf...

PERSATUAN Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) menggugurkan pemain tengah skuad Bawah...

Serangan Seksual: Maut 2...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira dua...

Padah ‘Ajak’ Ular Sawa...

RAJASHTAN - Gambar selfie dengan satu daripada ular terbesar di dunia mungkin menarik...

Hilang Ketika Hujan Lebat, Danish Dipercayai Jatuh Dalam Longkang

MELAKA : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Muhammad Danish Mohd. Faizal hilang dipercayai terjatuh dalam sebatang longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah di sini, ketika hujan lebat kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setakat pukul 6 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di dalam longkang selebar dua kaki dengan kedalaman satu meter itu.

Ibu mangsa, Nor Amiza Che Kar, 28, berkata, Muhammad Danish yang merupakan anak bongsunya hilang ketika dia sedang berniaga nasi kerabu di lokasi kejadian.

Ujarnya, sebelum insiden mangsa bermain dengan anak ketiganya berumur empat tahun, manakala hujan lebat yang turun sejak tengah hari menyebabkan longkang berkenaan dipenuhi air.

“Saya sedar kehilangan Danish kira-kira pukul 3.30 petang. Saya terus bertanya kepada anak ketiga, tetapi dia tidak tahu keberadaan Danish.

“Hanya seliparnya sahaja kelihatan di kawasan berumput di tepi longkang berkenaan. Saya dan suami, Mohd. Faizal Maarop, 38, telah mencari di kawasan sekitar hampir 20 minit, namun Danish gagal ditemukan.


“Aliran air longkang sangat laju kerana hujan lebat turun sejak tengah hari. Mungkin Danish jatuh di situ sebab dia tiba-tiba hilang tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tambah Nor Amiza, Muhammad Danish memakai baju berwarna biru dan keluarganya memohon bantuan orang ramai bagi mengesan kanak-kanak malang itu.

“Saya percaya Danish masih hidup. Tolonglah kalau ada sesiapa terjumpa Danish yang memakai baju biru di mana-mana, pulangkanlah kepada saya.

“Kami langsung tidak menyangka tragedi ini akan berlaku ketika sedang mencari rezeki. Saya sudah berniaga di sini sejak tiga tahun lalu,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori