Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bot Bawa PATI Indonesia...

MEDAN – Sekurang-kurangnya dua dipercayai maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot...

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Pilot Sakit Sebelum Mati...

NEW YORK - Sebuah pesawat American Airlines dengan 147 penumpang di dalamnya terpaksa...

PAFA Terima Tajaan Hampir...

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bakal menerima tajaan berjumlah RM7.8 juta...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri berkembang pesat selari dengan matlamat Maju Johor 2030.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Selain itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut berharap kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan projek sistem pengangkutan transit aliran ringan (LRT) di negeri ini.

Menurutnya, usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam, khususnya di pusat bandar raya Johor Bahru akan melengkapkan ekosistem pembangunan ekonomi negeri ini

“Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan akan beri perhatian terhadap permohonan ini bagi mengikuti usaha menjadikan Johor destinasi pelaburan utama di rantau ini.

“Sehubungan itu, projek HSR dan LRT perlu dilaksanakan dengan segera di negeri ini,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan kedua-dua projek itu juga akan memberi nilai tambah bagi penubuhan Zon Ekonomi Khas – Johor Singapura (JS-SEZ) serta Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City yang diumumkan sebelum ini.


“Penubuhan JS-SEZ dan SFZ akan menjadi katalis bagi pembangunan negeri. Insya-Allah memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Singapura dan kerajaan Malaysia akan ditandatangani pada 11 Januari 2024.

“Kita berharap agar perjanjian pula ditandatangani selewat-lewatnya enam bulan dari tarikh tersebut, manakala pelaksanaan dijayakan pada awal tahun 2025,” katanya.

Pada Disember 2016, kerajaan Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian bilateral bagi pelaksanaan projek HSR melibatkan jarak 350 kilometer, namun projek bernilai RM110 bilion itu telah ditangguh pada September 2018.

Pada 1 Januari tahun lalu, kerajaan kedua-dua negara bersetuju menghentikan terus pelaksanaan projek itu ekoran tiada sebarang kata putus dicapai setelah perjanjian tamat tempoh pada 31 Disember 2020.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori