Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cubaan Seludup, Aksem Berkas...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis menahan dua beranak warga Thai...

Enjin Lokomotif KTMB Terbakar...

KLUANG - Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Penolong Kanan Penguasa Bomba...

Juruteknik TNB Maut Tercampak...

KUALA NERUS - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut setelah kenderaan pacuan...

Gempa Bumi Lemah Berlaku...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter berlaku di...

Kanak-kanak Setahun Korban Pertama Banjir Kelantan

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia satu tahun sebelas bulan menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenali di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mayat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 1.40 tengah hari ini oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang menjalankan operasi tersebut.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kanak-kanak tersebut merupakan korban pertama banjir di Kelantan pada musim tengkujuh kali ini.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan, Muhammad Samsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.17 tengah hari tadi sebelum 16 orang anggota dari dua buah balai bomba bergegas ke lokasi kejadian.


Menurutnya, anggota bomba tiba di lokasi berkenaan pada pukul 12.39 tengah hari dan mendapati seorang kanak-kanak berusia setahun setengah lemas di sungai tersebut.

“Siasatan mendapati, mangsa dipercayai bermain di belakang rumah sebelum tergelincir ke dalam sungai berhampiran.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat pukul 2.42 petang tadi.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori