Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Denggi: Terengganu Catat 11...

DUNGUN - Kes kematian akibat demam denggi di Terengganu terus mencatat peningkatan dengan...

‘Tak Kena Azmin Banding...

Adun PKR Kebun Bunga Jason Ong Khan Lee membidas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu...

APMM Tahan 27 Tekong...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 27 tekong dan awak-awak warga...

Matthew Davies Perkuat Pertahanan...

KUANTAN - Pemain muda daripada Australia Matthew Davies menjadi tonggak baharu pasukan bola...

Kapal LCS: Tambahan RM2 Bilion Untuk Pembelian Misil

KUALA LUMPUR : Pertambahan peruntukan tambahan RM2 bilion bagi projek kapal tempur pesisir (LCS) adalah bagi pembelian misil untuk lima kapal terbabit, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, ini kerana pembelian misil berkenaan tidak dimasukkan dalam kos reka bentuk asal kapal itu.

Katanya, penambahan kos itu juga bukan kos tambahan kerana kelewatan projek, tetapi tambahan dana untuk aset pertahanan dengan kos peluru berpandu sebanyak RM1.029 bilion.

“Keputusan meneruskan pembinaan LCS dengan hanya lima kapal bukan enam bertujuan untuk mengawal kos dan pemeliharaan kontraktor sedia ada, Boustead Naval Shipyard (BNS). Ini dianggap penting bagi memastikan kecekapan dan untuk mengelakkan lebih banyak kelewatan.

“Lagipun seperti mana dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC), dinyatakan dengan jelas RM1 bilion itu adalah membabitkan kos kadar faedah, insurans termasuk bayaran pengurusan.

“RM2 bilion ini secara jelas bukan kos terlebih masa, tetapi ketika kita membuat projek ini waktu itu kita belum kenal pasti misil yang mahu digunakan, jadi itu saja membabitkan kos RM1.029 bilion yang mana semuanya membabitkan pembayaran ‘one off’ atau sekali bayar saja,” katanya di Dewan Rakyat pada sesi penggulungan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 bagi Kementerian Pertahanan hari ini.

Mohamad menjelaskan, pengekalan pembinaan lima kapal berbanding enam kerana projek itu sudah pun membeli lima set kelengkapan seperti lima set enjin, generator, gear box dan propeler.

Katanya, keputusan pembelian lima bukan enam kapal itu dibuat Kabinet terdahulu yang diputuskan sebanyak tiga kali.

“Kabinet pada waktu itu bersetuju dikekalkan kontraktor kerana kalau buat tender baharu akan membabitkan perbelanjaan lebih besar dan memakan masa untuk disiapkan.


“Kita tidak mahu timbul masalah jika tukar kontraktor, sebab kita sudah beli enjin dan jika syarikat baharu masuk, mereka tidak mahu gunakan enjin yang sudah dibeli dan ini sudah tentu menyebabkan perbelanjaan lebih besar…sebab itu kita diteruskan dengan BNS,” katanya.

Beliau menjelaskan, BNS menunjukkan prestasi yang baik malah syarikat itu menggajikan anak tempatan.

“Mereka syarikat tempatan dan disertai anak tempatan, ada kemapuan dan baik dari segi kerja teknikal dan mereka ada kemampuan menyiapkan projek ini,” katanya.

Beliau menegaskan kelewatan projek disebabkan adanya kajian semula projek selain tergendala akibat COVID-19 apabila dua setengah tahun dihentikan.

“Berdasarkan laporan PAC, peringkat pembinaan sudah berjalan lebih awal manakala kerja memasang kelekapan reka bentuk sedikit lewat yang sepatutnya 96 peratus tetapi kini hanya pada kadar 84 peratus.

“Saya percaya tiada masalah untuk projek ini diteruskan dan isu-isu kelewatan akan dapat diatasi,” katanya.

Awal Oktober lalu, PAC dalam laporan prosiding berhubung kemajuan projek pembinaan LCS milik TLDM bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 memaklumkan, kelima-lima kapal LCS akan siap pada 2029.

Bagi tujuan itu, kos tambahan kos RM2.098 bilion diperlukan, kepada kos asal RM9.128 bilion.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori