Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hormati Penjawat Awam, Jangan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penjawat awam...

Ibu Maut Kemalangan Selepas...

KUANTAN - Seorang ibu maut selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan merempuh...

Sistem Berusia 21 tahun...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook memberitahu Dewan Rakyat, gangguan sistem...

TransAsia Batal Lebih Banyak...

TAIPEI – Syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia Airways mengumumkan lebih banyak pembatalan penerbangan semalam...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai RM30,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan, wanita berusia 37 tahun itu menumpang di unit pangsapuri teman lelakinya di Pandan Perdana di sini, sebelum dia melarikan diri bersama barangan berkenaan kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan suspek itu membawa padah apabila dia berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 54 tahun pada 16 September lalu.

“Berdasarkan laporan, pengadu mengesyaki teman wanitanya membawa keluar beberapa barangan elektrik dan basikal dari rumah tanpa kebenaran pengadu membabitkan kerugian RM30,000.

“Pengadu ada menghubungi suspek dan dia mengaku mengambil kesemua barang berkenaan serta enggan memulangkannya semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan menahan wanita terbabit di sebuah rumah di Kuala Lumpur kira-kira jam 1 pagi semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan elektrik dan basikal yang disyaki dicuri.

Katanya, semakan mendapati suspek yang juga penganggur itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Siasatan awal mendapati berlaku selisih faham antara pengadu dan suspek apabila suspek mengajak pengadu berkahwin. Suspek keluar rumah dengan membawa bersama barang milik pengadu,” katanya.

Kata beliau, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori