Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ungkapan ‘Bajet DAP’ Cetus...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila beberapa Anggota...

PM Umum Lantik Senator...

TUARAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk melantik seorang...

5 Kelebihan Lesung Pipit,...

"BETUL ke kakak tadi dah 40 tahun? Nampak macam muda je.. Sebab lesung...

Alhamdulillah, Masjid Nabawi Kembali...

Masjid Nabawi dibuka semula solat dikerjakan dengan mengambil kira penjarakkan sosial - MYNEWSHUB

Kerana Motosikal, Bapa Tendang Anak

KUALA LUMPUR: Seorang pemotong rumput ditahan kerana disyaki memukul anak lelakinya yang berusia 15 tahun hingga cedera di sebuah rumah di Kampung Pasir, Hulu Kelang dekat sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mangsa yang bersekolah dalam tingkatan tiga itu cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku antara kedua ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kerana anaknya itu menggunakan motosikal milik isterinya.

“Pengadu cuba menghalang ibu dan ayahnya daripada terus bergaduh dan tiba-tiba suspek menendang bahagian perut serta menarik rambut anaknya.

“Suspek turut menampar muka mangsa dan apabila ibu mangsa cuba meleraikan tindakan suspek, suspek terus menolak mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat kejadian itu, katanya mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada bahagian perut dan sudah pun mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.


“Susulan aduan yang diterima, kita menahan bapa pengadu yang berusia 48 tahun dan bekerja sebagai pemotong rumput di jalan susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kira-kira jam 3 petang, semalam.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek dapati positif dadah jenis methamphetamine dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai lapan rekod lampau membabitkan satu kes jenayah dan tujuh kes dadah,” katanya.

Kata beliau, suspek kini direman empat hari hingga 8 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori