Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Shopee Catat 12 Juta...

KUALA LUMPUR - Shopee, platform e-dagang utama di Asia Tenggara dan Taiwan, mencatatkan...

Gambar Perkahwinan Tengku Mahkota...

KUALA LUMPUR - Gambar perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan...

Premis Jagaan Kanak-Kanak Catat...

KUALA LUMPUR – Premis penjagaan kanak-kanak yang mencatat kekerapan kes penyakit tangan, kaki...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

PUTRAJAYA - Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan...

Kertas Putih Dasar Gaji Progresif Antara Strategi Tingkatkan Gaji Penengah

KUALA LUMPUR: Kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif akan menjadi satu daripada strategi kerajaan meningkatkan gaji penengah pekerja, sekali gus meningkatkan kadar bahagian pampasan pekerja (CE) dalam tempoh berbaki Rancangan Malaysia ke-12 serta 10 tahun akan datang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kadar CE berada pada paras 32 peratus tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.

“COVID-19 turut menyebabkan kenaikan gaji tidak dapat berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya kerana keutamaan syarikat dan majikan adalah memastikan pemilikan aliran tunai mencukupi untuk bertahan.

“Pilihan ketika itu sama ada membuang pekerja atau memastikan mereka terus dapat bekerja tetapi gajinya tidak naik,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan soalan Datuk Dr Radzi Jidin (Putrajaya-PN) mengenai pendekatan yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan sasaran kadar CE daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus pada 2025 dapat dicapai.

Rafizi menjelaskan, 17 anjakan besar dikenal pasti bagi meningkatkan CE, antaranya penekanan terhadap industri nilai tinggi pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan digital serta elektrik dan elektronik.


Katanya, inisiatif itu penting bagi menggalakkan peralihan aktiviti ekonomi kepada rantaian nilai lebih tinggi, selain berupaya menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam industri berintensifkan pengetahuan, bertujuan mewujudkan pekerjaan mahir yang menawarkan pendapatan tinggi.

Beliau berkata, kerajaan akan mula memperkenalkan dasar gaji progresif untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar sedia ada iaitu gaji minimum dan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS).

“Langkah ini bertujuan meningkatkan gaji penengah pekerja dan seterusnya meningkatkan kadar CE agar pekerja mendapat upah yang lebih baik untuk mengimbangi kos sara hidup mereka,” katanya.

Menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai penurunan mendadak CE, Rafizi berkata, CE turun mendadak tiga peratus dalam tempoh dua tahun kerana impak COVID-19 yang menjadikan kadarnya pada kedudukan 35 peratus.

Katanya, ketika COVID-19 ramai pekerja yang hilang pekerjaan menyebabkan pekerja berada di luar sektor penggajian dan keadaan itu menyebabkan berlaku pengurangan pada bahagian ekonomi negara yang dibayar sebagai gaji.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori