Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas...

NIBONG TEBAL: Pihak sekolah sudah memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme...

Ejen Pyongyang Jual Senjata...

MELBOURNE - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai berurusan di pasaran gelap untuk menjual...

Buaya Melompat Ke Udara,...

TERTARIK melihat seekor buaya bersaiz besar, seorang jurufoto dari Australia mengambil keputusan merakam...

40 Peratus Sisa Buangan...

MELAKA - Kira-kira 40 peratus daripada 1,000 hingga 1,100 tan sisa buangan sehari...

Konsert Coldplay Berlangsung Secara Aman, Bukti Kerjasama Baik – Fahmi

KUALA LUMPUR: Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur berlangsung dengan aman tanpa mencetuskan kontroversi membuktikan kerjasama bersepadu pelbagai pihak mampu menghasilkan sesuatu yang positif.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, kejayaan konsert kumpulan popular dari Britain itu juga wajar dijadikan contoh bagi memastikan konsert berjalan lancar dan pada masa sama memberi kepuasan kepada penonton.

“Alhamdulillah, saya lihat kejayaan konsert ini adalah hasil kerjasama baik antara penganjur, artis dan pihak berkuasa.

“Difahamkan, Coldplay mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebanyak dua kali dan konsert berlangsung tanpa sebarang isu atau kontroversi.

“Ini sebenarnya cara terbaik di mana artis, penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan erat supaya orang yang menonton dan berpeluang beli tiket mendapat satu pengalaman positif serta baik.

“Saya harap hubungan baik penganjur, penyedia lokasi dan artis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, mengulas kebarangkalian polemik tercetus sebelum konsert memberi kesan buruk kepada usaha kerajaan menarik lebih ramai artis luar mengadakan konsert di Malaysia, Fahmi optimis perkara itu tidak akan berlaku.

“Selagi garis panduan jelas, tidak ada pembatalan pada saat akhir sebab ada perkara tidak dibincangkan awal.

“Saya tak rasa polemik ini memberi kesan. Tapi, saya percaya dengan kejayaan konsert Coldplay membuktikan bila ada dialog sihat, semua pihak faham tanggungjawab, mencari titik temu, saling memahami, berkompromi serta patuh kepada undang-undang, pasti tidak akan timbul sebarang isu.


“Lagipun, banyak konsert K-Pop datang ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa minggu, jadi tak ada masalah,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fahmi menegaskan keterbukaan Malaysia terhadap penganjuran konsert artis antarabangsa tetap ada batasan.

“Malaysia ada budaya ketimuran, adab dan juga perasan hormat-menghormati.

“Selagi persembahan tidak melanggar undang-undang negara, adat dan budaya, kita boleh terima dengan mudah,” katanya selepas merasmikan Bengkel Latihan Penerbit & Peluang Bisnes dan melancarkan Tabung Kebajikan anjuran Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Kelang, di sini, pagi tadi.

Sebelum ini, wujud beberapa gesaan agar konsert Coldplay dibatalkan bagi menghormati situasi peperangan yang sedang berlaku di Palestin.

Selain itu, wujud juga kebimbangan insiden konsert The 1975 sebelum ini berulang yang mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Susulan itu, Fahmi dilaporkan berkata, konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dilengkapi suis pemati (kill switch) yang akan digunakan jika wujud sebarang pelanggaran peraturan yang sudah ditetapkan

Dihadiri 85,000 penonton, konsert siri jelajah Coldplay di Kuala Lumpur ini akan menjadi persembahan terakhir kumpulan terkenal itu pada 2023.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori