Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BN Menang Beri Nafas...

BANGKIT... Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahaya kesal apabila pelbagai isu sentuh sensitiviti...

300 Lagi Pemandu Teksi,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini menyerahkan 300 lesen...

Rundingan Damai: Putin Mahu...

ANKARA : Presiden Rusia, Vladimir Putin menzahirkan harapan untuk bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr...

GAMBAR: Bila Budak Gemuk...

SEORANG gadis jelita mengejutkan ramai pihak di Thailand baru-baru ini.Bukan kerana dia menjalani...

Lagi Desakan Batalkan Konsert Coldplay, Penganjurannya Jauh Daripada Norma Tempatan – PUM

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendesak konsert Coldplay yang bakal berlangsung Rabu ini dibatalkan serta-merta kerana ia disifatkan melewati garis sempadan Islam sekali gus bertentangan dengan hukum syarak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemuda PUM, Dr Muhamad Alihanafiah Norasid dalam kenyataan berkata, penganjuran program berbaur hedonisme itu jelas melalaikan umat Islam dan rakyat Malaysia, selain jauh daripada norma serta tatasusila tempatan.

Katanya, dengan menggalak dan menyuburkan budaya tidak sihat boleh menggagalkan agenda pembentukan warganegara yang bertanggungjawab lagi bertamadun.

“PUM menegaskan bahawa hiburan dalam Islam mempunyai garis sempadannya yang perlu dipatuhi.

“Apatah lagi Kumpulan Coldplay ini dipercayai ada kaitan dengan agenda mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang jelas bercanggah dengan syariat Islam.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak memberi sokongan terhadap program sebegini kerana ia boleh mencemarkan minda umat Islam dengan hiburan melampau, bahkan berisiko terjajah dengan krisis identiti yang cuba dinormalisasi oleh beberapa pihak,” katanya.


Tambahnya, penganjuran konsert ini diadakan ketika rakyat Palestin sedang diganyang oleh rejim Zionis Israel tanpa belas boleh mengheret rakyat Malaysia, khususnya anak muda agar tidak sensitif dengan jenayah kemanusiaan dan korban jiwa yang terus meningkat.

“Harga tiket konsert yang ditempah menjadi galang ganti kepada kemusnahan, penindasan, dan genosid di Palestin khasnya di Semenanjung Gaza.

“Bukalah mata dan bangkitlah di saat saudara kita di Gaza sedang dibedil dan dibantai dengan penuh rakus dan sadis sementara sebahagian umat Islam masih hanyut dibuai mimpi dan kealpaan,” katanya.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah turut menasihatkan orang ramai tidak memberi sokongan kepada penganjuran konsert berkenaan yang dikatakan jelas bertentangan nilai murni dan budaya di negara ini.

Katanya, penganjuran Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur Rabu ini, disifatkan sebagai program melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori