Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Petugas Di IPK Sarawak...

KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang...

Huawei Bawa Sweden Ke...

BEIJING – Huawei Technologies Co. memulakan prosiding timbang tara terhadap Stockholm di bawah...

Kerajaan Komited Naikkan Gaji...

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan komited terhadap agenda yang telah dijanjikan dalam manifestonya...

Dihentam Ketiak Hitam, Coco...

JIKA dahulu remaja perempuan ini cukup 'popular' selepas videonya bercakap dengan accent mat...

Lanjutan 2 Hari Henti Perang Tidak Mencukupi – PBB

KAHERAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyifatkan pemberhentian sementara perang yang membenarkan trak bantuan memasuki Gaza sebagai hanya ‘sekilas harapan dan kemanusiaan’.

Beliau berkata, tempoh lanjutan dua hari, selepas tempoh asal semalam empat hari tamat Isnin lalu, tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bantuan di Gaza.

“Saya amat berharap lanjutan ini diteruskan lagi bagi membolehkan kita meningkatkan lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza yang (sedang) menderita.

“Namun, mustahil kita dapat memenuhi semua keperluan penduduk dalam tempoh hanya dua hari ini,” katanya kepada pemberita.

Penduduk Palestin di Gaza sebelum ini, berkata mereka berdoa supaya pemberhentian sementara perang dipanjangkan kerana sudah kehilangan semua sumber asas untuk meneruskan kehidupan.

Mereka mengambil kesempatan pulang ke kawasan kediaman yang kini hanya tinggal runtuhan, sementara yang lain beratur mendapatkan tepung dan bantuan penting lain yang dihantar Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA).

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, hantaran beberapa di platform sosial X, berkata Gaza kini aman daripada kebingitan bunyi perang.

“Ini memberi peluang kepada berjuta-juta kanak-kanak dan penduduk dewasa mendongak ke langit tanpa rasa takut roket akan menghentam mereka. Saya sokong pemberhentian perang yang amat diperlukan dalam konflik di Gaza ini diteruskan.

“Ia membolehkan sejumlah bekalan perubatan, bahan api dan makanan yang terhad dihantar ke kawasan itu, namun jumlah yang diperlukan jauh lebih banyak.


“Pekerja kesihatan daripada WHO dan yang lain kini dapat merawat mereka yang sakit, cedera serta ketakutan. banyak lagi bantuan diperlukan,” katanya dalam hantaran itu.

Tambah Tedros, persetujuan yang dicapai itu menyediakan ruang untuk menilai keperluan besar di hospital dan kaedah mempertingkatkan segera stok bekalan perubatan dan banyak keperluan lain.

Selain itu katanya, bekalan makanan dan air mungkin menyelesaikan sedikit cabaran kebersihan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza.

“Gencatan senjata sementara ini membawa sedikit kelegaan. Ia memudahkan pembebasan tebusan, tetapi kita tidak berpuas hati dengan penyelesaian jangka pendek ini.

“Jika operasi ketenteraan diteruskan semula, bilangan korban akan terus meningkat, selain mengakibatkan penderitaan, kekurangan bekalan yang ketara dan rasa putus asa penduduk.

“Satu-satunya rumusan yang wajar diambil ialah menghentikan perang sama sekali dan pelan damai berkekalan dirangka,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori