Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Taufan Doksuri Tahap 12...

HANOI - Taufan Doksuri yang sedang bergerak menuju Vietnam diramalkan berada pada tahap...

Kerajaan Akan Pastikan Rakyat...

KANGAR - Arahan pemberhentian sementara perlombongan bauksit di Kuantan merupakan tindakan tegas kerajaan...

Foto Pre-Wedding Dikritik Terlajak...

SATU Malaysia sudah mengetahui aktor popular Shaheizy Sam bakal mendirikan rumah tangga dengan...

Sembunyi Dadah Dalam Tali...

LONDON - Dadah jenis kokain bernilai lebih £500,000 (RM2.6 juta) yang disembunyikan di...

Lebih Sejuta Gelen Minyak Mentah Bocor Di Teluk Mexico

WASHINGTON: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) kelmarin memaklumkan mereka masih mencari sumber kebocoran minyak daripada saluran paip bawah air di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kebocoran itu dianggarkan sudah melebihi satu juta gelen minyak mentah.

Saluran paip sepanjang 108 kilometer itu ditutup oleh Main Pass Oil Gathering Co (MPOG) pada Khamis lalu, selepas minyak mentah dikesan di sekitar 31 kilometer di luar pesisir Delta Sungai Mississippi, berhampiran Paroki Plaquemines, tenggara New Orleans.

“Pasukan pemeriksa memerhati kesan minyak yang kelihatan pada Jumaat lalu bergerak ke barat daya dari pantai Louisiana,” kata Pengawal Pantai.


Walaupun jumlah sebenar minyak yang dilepaskan tidak diketahui, Pengawal Pantai AS yang mengetuai proses pembersihan memaklumkan, jumlah kebocoran pada 1.1 juta gelen atau bersamaan 26,190 tong.

Jelasnya, setakat ini kebocoran itu tidak menyebabkan kecederaan atau kesan pada pantai.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS menyatakan, Pengawal Pantai sudah mengaktifkan Pasukan Tindak Balas Kebangsaan yang terdiri daripada 15 entiti persekutuan yang bertanggungjawab menyelaraskan tindak balas berhubung insiden tersebut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori