Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tindakan Pemimpin PKR &...

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP...

Ibu Tunggal Bersama 2...

KANGAR - Seorang ibu tunggal bersama dua anak lelakinya antara individu yang ditahan...

“Kita Harus Sama-Sama Kuat...

KUALA LUMPUR - "Kita harus sama-sama kuat Pak! Doa, solat dan munajat harus...

Ainul Mardhiah Sudah Pandai...

KUALA LUMPUR - Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini menderita kanser 'Germ...

Mangsa Banjir Di Selangor Bertambah

KUALA LANGAT : Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor meningkat kepada 692 orang setakat jam 5 petang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah itu membabitkan 175 keluarga yang ditempatkan sembilan PPS di Selangor susulan kejadian banjir di beberapa kawasan sejak kelmarin.

“Sebuah lagi PPS di buka jam 5.24 petang hari ini di Dewan Orang Ramai Sri Cheeding di sini membabitkan lapan mangsa dari keluarga terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita.

“Keseluruhannya sebuah PPS dibuka di daerah Hulu Selangor, Hulu Langat (satu), Sepang (empat), Kuala Langat (tiga), dan Petaling (satu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, jumlah mangsa banjir di Selangor mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan seramai 685 mangsa setakat jam 8 pagi tadi.


Daerah yang paling terjejas adalah Sepang dengan 498 mangsa banjir daripada 132 keluarga.

Manakala, 256 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil, manakala 104 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali.

Dalam pada itu APM memaklumkan, pemantauan pihaknya mendapati paras air sungai di sekitar daerah ini tidak menunjukan tanda-tanda penurunan setakat jam 5 petang.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori