Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

India Minta Bantuan Malaysia...

NEW DELHI - India meminta bantuan Malaysia untuk memerangi keganasan berikutan peningkatan ancaman...

Tengku Abdullah Titah Wujud...

PEKAN - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan kerajaan negeri...

Berhenti Mengarut BAM: Jangan...

KESOMBONGAN tahap bodoh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terserlah. Memang bodoh terlampau apabila mempertahankan...

Pakatan: Sekejap Boleh Beza...

KUALA LUMPUR - "Pada pandangan saya, Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) mahupun Perjanjian...

Mustahil Sunting Perbualan Video Lebih Seorang, Babitkan Pergerakan Sukar – Aktivis Siber

KUALA LUMPUR: Proses menyunting dan mengubah suai video mengandungi perbualan membabitkan lebih daripada seorang sukar dilakukan meskipun menggunakan pakai aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil, berkata lebih mustahil sekiranya video berkenaan juga mempunyai banyak pergerakan sukar.

Meskipun dunia kini menuju teknologi AI, katanya, proses suntingan dan pengubahsuaian seperti itu memerlukan kemahiran seseorang individu yang benar-benar pakar, namun bukannya melalui aplikasi sedia ada seperti yang tersedia dalam telefon bimbit.

“Sebelum ini ada video pengubahsuaian rakaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap dalam bahasa Jepun semasa berucap dalam satu persidangan.

“Ia (suntingan menggunakan AI ini) mudah dilakukan dalam situasi Mahathir sedang berdiri dan berucap, yang mana rakaman itu diubah suai menggunakan suara sama selain tidak banyak pergerakan sehingga ia dianggap tulen oleh sesetengah pihak.

“Namun dalam kes membabitkan video perbualan dua individu, proses ini amat sukar kerana terdapat banyak pergerakan dan akan terkesan elemen meragukan sekiranya dikatakan diedit (disunting),” katanya kepada BH.

Terdahulu, tular video memaparkan perbualan berunsur lucah antara Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan seorang lelaki bernama Wahab di media sosial.

Mohammad Agus melalui sidang media bagaimanapun menafikan ketulenan video berkenaan dengan mendakwa perbualannya dalam video berkenaan sebenarnya sudah disunting.


Dalam pada itu, Siraj yang juga aktivis siber, berkata dalam sebarang proses penyuntingan berteknologi tinggi selaras AI, ia perlu dilakukan dalam komputer melalui perisian berbayar yang dilanggan secara bulanan untuk memastikan tahap terbaik.

Antara perisian yang boleh digunakan untuk proses ini adalah HeyGen, ElevenLabs dan Faceswap, namun capaiannya masih belum mampu mengubah suai rakaman video seperti dalam perbuatan membabitkan lebih daripada seorang.

Mengulas sama ada sesuatu rakaman video itu boleh dikesan semula sekiranya dipadamkan, Siraj memaklumkan ia boleh dilakukan menggunakan perisian tertentu.

“Kita boleh menemui semula video yang sudah dipadamkan sekiranya proses pemadaman baru dibuat antara tempoh tiga hingga empat hari dan segala dokumen atau fail dalam simpanan melalui telefon bimbit atau komputer tidak bertindih dengan jumlah kemasukan dokumen yang banyak,” katanya.

Mengenai video yang tular itu, Siraj menasihatkan orang ramai berhati-hati kerana ia berisiko menyebabkan penyebaran satu rantaian kesalahan sekiranya video terbabit tidak benar.

“Sama ada rakaman itu benar atau sebaliknya, orang ramai harus menjadi pengguna media sosial yang bijak dan mengelak dari terus membuat dosa.

“Biarlah pihak berkuasa menyiasat sama ada perbualan itu tulen atau sebaliknya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori