Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Premis Barang Lusuh...

SEREMBAN - Dua daripada 60 premis barang lusuh yang diperiksa dalam 'Ops Premis...

Malaysiakini, Majlis Peguam Akui...

AKHIRNYA pentadbir laman portal propembangkang Malaysiakini mengakui ada menerima dana daripada penyangak mata...

50 Penduduk Himpun Bantah...

REMBAU - Sekumpulan 50 penduduk berhimpun di hadapan Masjid Jamek An-Nur di sini...

Penceramah Jakim Disiasat Kutuk...

Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan...

Penyokong Selangor, Perak Bergaduh

KUALA LUMPUR: Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak dilihat semakin parah dan terbaharu semalam ia melibatkan penyokong Selangor FC dan Perak FC bergaduh di luar stadium sehingga ada yang mengalami kecederaan di muka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Difahamkan kekecohan itu berlaku sebelum perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC dan lebih menyedihkan apabila kenderaan turut dirosakkan oleh segelintir penyokong yang tidak ‘bertamadun’ itu.

Melalui video dan gambar tersebar di media sosial, kelihatan beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan itu dan penyokong Perak FC turut tidak dibenarkan keluar dari stadium untuk keselamatan semua orang selamat.

Meninjau ruangan komen di Facebook Panas_Ais, rata-rata warganet agak marah dengan kejadian yang berlaku itu.

“Ini gaduh bukan lepas perlawanan, sebelum perlawanan lagi. Budak-budak casual Perak ICF bantai (pukul) penyokong Selangor FC,” kata Izat Danial.


“Lihat bola pun nak bergaduh. Sukan sepatutnya Kita besatu, baru dapat maju,” kata Microsoft Janggu.

“Orang pergi stadium nak bergembira. Seronok tengok perlawanan. Menang kalah belakang cerita. Engkau orang ini apa bendalah. Tiada tamadun langsung. Sampai nak berbunuh,” kata Shary Ima.

Setakat ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa yang terlibat dalam pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Dalam dua bulan terakhir ini, boleh dikatakan kes melibatkan pergaduhan dari liga akar umbi sehingga ke liga utama semakin menjadi. Tindakan tegas harus diambil agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori