Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia: Kematian Kanak-kanak Akibat...

JAKARTA: Jumlah kanak-kanak Indonesia yang meninggal dunia akibat kecederaan buah pinggang akut (AKI)...

Menteri Arah JPJ Tangguh...

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah semalam telah mengeluarkan surat mengarahkan...

Tarantula Kereta Perisai Pertama...

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya Malaysia memiliki kereta perisai pertama buatan tempatan,...

Akibat Cemburu, Wanita Langgar...

CHINA – Akibat perasaan cemburu yang menguasai fikiran, seorang wanita nekad melanggar bekas...

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid tahun enam di semua sekolah di negeri itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil sikap terbuka kerana hasrat kerajaan Sarawak sebenarnya selari dengan hasrat kementerian yang mahu mengukuhkan sistem pendidikan secara holistik dan bukan berasaskan peperiksaan.

“Kita sentiasa menganggap Sarawak antara negeri contoh yang sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan.

“Kalau kerangka yang mahu dibangunkan itu bertujuan memperkukuh pentaksiran, pastinya kita akan sokong kerana ia adalah hala tuju kementerian iaitu pembangunan holistik melalui pentaksiran bukannya peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang hari ini.

Justeru, katanya, pihak kementerian akan mengadakan pertemuan dan perbincangan selanjutnya dengan pihak kerajaan Sarawak berhubung perkara berkenaan.

“Kita akan terus berbincang bagaimana ia boleh diselaraskan, mungkin ia hanya perlu diperkukuhkan sahaja di peringkat sekolah dan negeri Sarawak. Kementerian Pendidikan akan tengok pengukuhan dan kerangkanya dan input pasti akan datang daripada kementerian.


“Jangan risau, insya-Allah dengan adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perbincangan jawatan kuasa, kita sentiasa ada panduan untuk pelaksanaan apa sahaja program pengukuhan di peringkat negeri,” katanya.

Kelmarin, Sarawak dilaporkan bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan UPSR kerana percaya penilaian melalui peperiksaan merupakan penanda aras sebenar untuk menilai prestasi pelajar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, peperiksaan juga amat penting bagi menentukan kedudukan pelajar dalam aliran apabila memasuki pendidikan menengah.

UPSR dimansuhkan pada 2021 selepas 33 tahun dalam sistem pendidikan negara dan peperiksaan itu kini digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori