Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KPM Buat Laporan Polis...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini telah membuat laporan polis berkenaan isu...

Kakak Hello Kitty Jual...

JIKA dulu pernah tular kerana baju raya Hello Kittynya, sekarang kakak Hello Kitty...

Tiada Permohonan Halal Dari...

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) setakat ini, tidak pernah menerima permohonan...

Pakatan Rakyat ‘Serang’ Yang...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang...

PRK Kemaman: Hujan Dijangka Pada Hari Undi

KUALA TERENGGANU: Cuaca diramalkan hujan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan dijangka melanda daerah Kemaman dari pagi sehingga petang.

Sehubungan itu, Pengarah Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria mengingatkan pengundi supaya berhati-hati semasa memandu dan menjaga keselamatan diri pada Sabtu ini.

“Pengundi dan orang ramai juga perlu peka dengan keadaan cuaca serta perubahan persekitaran dan dapatkan status cuaca serta paras air sungai yang terkini sebelum melakukan apa-apa aktiviti,” katanya hari ini.


Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat cuaca yang terkini daripada hotline MetMalaysia di talian 1-300-22-1638.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

PRK tersebut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori