Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Pahang Tahan 16...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan 16 individu yang terlibat...

Puspakom Tambah Baik 2...

KUALA LUMPUR - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memaklumkan pusat pemeriksaannya di Seksyen...

Mahkamah Nepal Perintah Had...

KATHMANDU : Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung...

Lihat Menyeluruh Tindakan Oman...

JAKARTA - Kementerian Pendidikan Tinggi akan melihat secara positif dan menyeluruh berhubung tindakan...

Program KPT-CAP Sedia Peluang Luas Melangkah Alam Pekerjaan

NILAI – Program KPT-Career Advancement (KPT-CAP) mampu menyediakan peluang luas bagi peserta untuk melangkah ke alam pekerjaan, sekaligus membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, inisiatif pembangunan projek ini adalah strategi berkesan yang menggambarkan tekad Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Selain itu, katanya, ia juga memperluaskan peluang kebolehpasaran graduan dan merupakan satu langkah berani menuju masa depan berjaya.

Sementara itu, Dr. Sharifudin memberitahu, Program KPT-CAP yang mendapat pembiayaan berjumlah RM60,000, syarikat RPG Education and Training Centre (RPG) telah menggunakan wang tersebut untuk membina rumah contoh asnaf.

“Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pusat Alumni dan Kerjaya dan Syarikat RPG Education & Training Center yang utuh menjalin kerjasama sehingga mampu menyumbang kemajuan kepada fasiliti di USIM,” katanya dalam satu kenyataan.


USIM melalui Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama syarikat RPG bari-baru ini menganjurkan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Asnaf Contoh bertempat di Kolej Kediaman Satu.

Menurut, Dr. Sharifudin, kolaborasi dengan syarikat RPG menjadi salah satu strategi yang dapat melestarikan kepelbagaian pembagunan di USIM.

Malah, tambah beliau, teknologi hijau yang ditampilkan dapat dijadikan model bagi rumah asnaf untuk dijadikan inspirasi kepada Pusat-Pusat Zakat Agama Islam Malaysia.

MalaysiaGazette-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori